HomeMoringaTestimoniesProductsPicturesContact UsFAQB.Malaysia

       

 

Raja Segala Pokok   

Nama famili: MORINGACEAE

Nama botani : MORINGA OLEIFERA

Nama am: MORINGA, HORSE RADISH TREE, DRUMSTICK TREE, SAHIJAN, POKOK AJAIB, POKOK SYURGA, POKOK BERBAGAI FUNGSI, POKOK PANJANG USIA

Bahagian yang boleh diguna :AKAR, BENIH , BUAH, BUNGA , KULIT DAN DAUN

Akarnya rasa pahit, sangat berkesan untuk membantu penghadaman, membasmi cacing parasit dalam usus, melancarkan pergerakan sembelit,melegakan sistem saraf dan membina ketenangan, stimulasi naluri batin dan kompaun biokimia untuk pemulihan kecacatan pusat saraf.

Ia juga berguna dalam aspek lumpuh , inflamasi, demam, batuk., selsema, inflamasi salur nafas, penyakit paru-paru, gila babi, histeria.

Daunnya juga berguna untuk menyembuhkan penyakit skurvy (Rahang gigi berdarah) , anemia (kekurangan sel darah merah), mengimbangkan dan memulihkan sistem fungsi badan.

Benihnya juga bersifat pahit dan berguna untuk anti inflamasi, kelancaran usus, sangat berguna untuk memulihkan kesakitan sendi dan urat saraf dan demam berulang-ulang.

Berbagai Produk Moringa                           

Teh Moringa, Minyak Moringa, Benih Moringa, Serbuk Akar Moringa, Salad moringa, Serbuh buah Moringa Kernel, Sampoo Moringa, Serbuk Kek Moringa, Akar Moringa, Serbuk Sabun Moringa, Jus Moringa, Krim Muka Moringa

Moringa mengandungi Vit A, B1, B2, B3, C, Kalsium, Potasium, Besi, Zink, Kronium, Tembaga, Magnesium, Manganese, Phosphorus, dan 20 jenis asid amino yang diperlukan badan.

Apakah khasiat setiap jenis zat yang disebutkan di atas terhadap corak hidup yang sihat dan seimbang?

Vitamin A adalah melindung seseorang dari penyakit mata, penyakit kulit, ceret-beret.

Vitamin C dapat melawan penyakit selsema dan membina ketahanan serta mengoptimakan fungsi sistem salur darah jantung

Kalsium pula penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat dan mengelakkan seseorang dari penyakit tulang rapuh (Osteoporosis)

Potasium sangat penting untuk saraf dan otak. 

Protein adalah unsur pembina sel badan. Moringa membekalkan kesemua lapan jenis Asid Amino wajib yang diperlukan badan. Kesemua Asid Amino wajib ini tidak dapat disintesis oleh badan dan perlu diambil dari pemakanan seharian -khususnya daging merah.

Setiap jenis daging mempunyai kandungan Asid Amino wajib yang berbeza. Seseorang perlu makan daging kepelbagaian untuk mencukupi kesemua Asid Amino wajib badan. Ini amat sukar dicapai oleh mereka yang tidak selasi dengan daging, khasnya golongan berusia tua (Darah tinggi, penyakit jantung), kanak-kanak dan golongan Vegetarian

Moringa juga mengandungi B, B1, B2, B3, C, D, E, antioxidan, gentian dan sumber klorofil yang tinggi. Ia membekalkan kandungan klorofil yang tertinggi dalam rekod tumbuhan yang dikenali sejak permulaan tamadhun manusia.

Biarpun manfaat Moringa telah dikenali dan diguna sebagai herba traditional oleh suku-kaum asli di beberapa negara , tetapi potensi khasiat tumbuhan ini hanya mula mendapat perhatian dari Saintis Moden pada akhir abad ke sembilan belas.

Ilmu pengunaan Moringa oleh suku asli telah dicatat dalam rekod 80 buah negara dalam lebih dari 200 bahasa tempatan. Biarpun nilainya telah dikenali ramai, tetapi ramai masih belum mengenali keajaiban nilai perubatan dan pemakanan tumbuhan ini.

Saya belum pernah menemui produk tumbuhan seperti Moringa dalam lebih 30 tahun saya berkecimpung dalam industri makanan supplemen kesihatan.

- Ken Brailsford, Former President and CEO of Nature's Sunshine       

Kajian terkini telah mendapati Moringa juga mengandungi Cytokinin.

Kompaun unik ini telah mendapat bukti saintifik dalam kajian klinikal bahawa ia dapat meningkatkan tumbesaran produk pertanian,dan bila ia ditambah dalam pemakanan binatang ternakan, ia jelas akan menambah pengeluaran susu dan mencergaskan regenerasi sel badan.

Dalam kajian klinikal terkini, Cytokini juga dapat mengeluarkanunsur anti-keuzuran dalam badan manusia.

Kitar hidup sel kulit manusia adalah 300 hari. Setiap minit, 40,000 sel kulit akan mati dan diganti oleh sel baru.

Kesan Cytokinin mengaktifkan tumbuhan sel baru yang lebih cepat berbanding dengan sel lama. Ini dapat mengurangkan kesan kedut pada muka dan menggiatkan pembawaan oksigen ke setiap sel badan.

Dalam zaman maju sekarang, adalah lumrah untuk kita memakan berbagai pil vitamin untuk mendapat kesemua zat yang diperlukan badan, tetapi kini produk teh hijau Moringa memberi anda kesemua khasiat malah lebih dari itu, pencegahan kanser dan pemulihan fungsi badan.

Pencairan zat Moringa dalam teh panas mencepatkan penerapan biologi badan. Larutan zat yang bersifat 100% Bio-Pemerolehan membolehkan badan menngunanya secara terus tanpa perlu penghadaman.

Pada hakikatnya, banyak pemakanan yang bersifat pepejal tidak dapat diserap oleh badan sepenuhnya.

Contohnya, hanya sebahagian dari khasiat pil multi vitamin diserap oleh badan. 

Berita baik Teh Hijau Moringa ialah ia memberi kesan kesihatan yang sepenuhnya      .

Bank Dunia Menyokong Kajian Moringa . Laman web allafrica.com telah melapurkan bahawa Bank Dunia menyokong kajian dan pemprosesan Moringa sebagai langkah komplemen pembangunan perubatan herba sedunia.

Bercakap sempena lawatan terkini ke Pusat Kesihatan Moringa di Cooper Complex , Bandar Kampala, Penasihat Ekonomi Bank Dunia di Uganda, William Steel berkata , 'Ini adalah satu dari bidang keusahawanan yang kami ingin galakkan.'

Laman Penyelidikan

Mark Olson, Ph.D.Diterima dari: Washington University, 2001 Missouri Botanical Garden.

Graduate School Penasihat: Drs. Peter H. Raven and Barbara Schaal

Bidang Kajian Kajian kami menekan pada peranan BIOKIMIA yang berubah mengikut masa terhadap fasa pertumbuhan pokok Moringa.

KESAN ANTI INFLAMASI 

Udupa, S.L., Udupa,A.L. and Kulkarni,D.R., 1994, Studies on the anti-inflammatory and wound healing properties of Moringa oleifera and Aegle marmelos. Fitoterapia, 65 (2), pp119-123.

KAJIAN ANTI KANSER

Jayavardhanan,K.K., Suresh,K., Panikkar,K.R. and Vasudevan,D.M.,1994, Modulatory potency of drumstick lectin on the host defense system. Exp.Clin.Cancer Res., 13 (3) pp205-209

Pal,S.K., Mukherjee,P.K. and Saha,B.P., 1995, Studies on the antiulcer activity of Moringa oleifera leaf extract on gastric ulcermodels in rats. Phytotherapy Research, 9, pp463-465.

KAJIAN KESAN ANTIBIOTIK

Eilert,U., Wolters,B. and Nahrstedt,A. 1981, The antibiotic principle of seeds of Moringa oleifera and Moringa stenopetala. J.Medicinal Plant Res., 42 pp55-61.

 

Kajian : Botswana Agriculture College, Moringa Oleifera.Wednesday, March 30, 2005. Botswana Moringa Update. Botswana Agriculture College sedang membuat kajian saintifik terhadap bukti perubatan Ayurvede yang menyatakan Moringa Oleifera. dapat mencegah 300 jenis penyakit.

Saintifik moden membuktikan tuntutan asas ini perlindungan terhadap penyakit mata, penyakit kulit, sakit jantung, ceret beret dan sebagainya

Sila rujuk : moringaoleiferamaun.blogspot.com Moringa telah mempunyai sejarah yang lama dalam bidang perubatan.

Ayurveda, Orang India telah mengguna Moringa sebagai sumber herba untukmenyembuh selsema, bisul, demam, sakit sendi dan gaut.

Doktor di Afrika Barat mengguna Moringa Untuk merawat penyakit Diebetes.

Ia juga mengandungi kompaun Beta Sitosterol yang berpotensi untuk menurunkan tekanan darah badan. Oleh sebab ini, ia selalu dikenali sebagai Agen penurunan tekanan darah tinggi di India.

Moringa juga diguna untuk rawatan barah, dan memulihkan ketegangan emosi , kerisauan dan kekhuatiran.benih dan akarnya mengandungi sumber antibiotik semulajadi yang sesuai untuk rawatan jangkitan kulit.

Benih ini dikenalik mengandungi unsur anti-inflamasi, antispasmotik (Ledakan emosi yang tiba-tiba) dan unsur diuretik (Menggiatkan pembuangan air kencing). Sifat ini membolehkan ia membersihkan darah dan mengeluarkan toksik dan racun metabolisma dengan lebih berkesan.

Bunga Moringa yang berwarna putih bila dikeringkan, boleh dijadikan teh dan berkesan untuk penyakit selesema.

Akarnya juga boleh dihancurkan dan dijadikan rempah kari.

Benih yang dihancurkan mempunyai kesan tapisan bakteria. Ini menjadikan Moringa sebagai agen rawatan air domestik di kawasan tropika untuk membekalkan air yang bersih kepada penduduk setempat.

Kajian mendapati kesan pembasmian kuman dengan serbuk Moringa jau hlebih berkesan berbanding dengan alum, klorin yang bersifat racun.

Air berlumpur boleh dijernihkan bila serbuk Moringa ditambah . Bahan pejal dan bakteria akan berkumpul dan bergumpal di dasar, kemudian boleh dibuang dengan menapis atau dituangkan.

Sila rujuk laman web:http://www.letsliveonline.com/index.php?p=9&a=2911

Kandungan Vitamin A Moringa Kajian telah menunjukkan segelas daun Moringa dapat membekal keperluan harian Vitamin A untuk 10 orang. Yayasan Mata Antarabangsa yang terletak di Bethesda, Md., mengguna Moringa Moringa di  negara-negara Selatan African Malawi untuk mencegah buta dikalangan kanak-kanak yang dikaitkan dengan kekurangan Vitamin A.

Sila rujuk: http://www.letsliveonline.com/index.php?p=9&a=2911                

Sumber Khasiat Moringa

Pokok Moringa mempunyai kepelbagaian zat pemakanan yang kaya.Menurut Badan Trees For Life , sebuah badan bukan keuntungan (NGO)yang terletak di Kansas yang mengambil peranan menanam pokok buah-buahan di negara membangun

Daun kering Moringa mempunyai empat kali Kalsium dalam susu,tiga kali Potassium dalam pisang dan tujuh kali Vitamin C dalam Oren Moringa juga 17% protein (dua kali kandungan Yogurt), dan mempunyai sumber B Kompleks yang kaya, rendah dalam kandungan lemak dan karbohidrat dan mengandungi empat kali Beta Carotene dalam lobak merah.

Sila Rujuk: http://www.letsliveonline.com/index.php?p=9&a=2911

 

Suku bangsa asli di kaki bukit Himalaya telah memaktubkan dalam rekod berabad tahun tentang kegunaan Pokok Moringa sebagai suatu khazanah perubatan yang berharga. 

Ia juga telah diterima sejak zaman purba kala sebagai minyak wangi kerabat diraja oleh golongan Roman, Greek dan Egypt.

Kini, pokok ini telah mencetuskan minat di kalangan saintis untuk meneroka penggunaan baru Moringa dalam aspek perubatan dan pemakanan khasnya untuk negara miskin yang terletak di kawasan tropika gurun .

Kajian terkini Moringa telah memberi merit kepadanya sebagai Pokok Ajaib abad ke dua puluhan. 

Sila rujuk: http://www.livingdesert.org/plants/horseradish_tree.asp

Keguaan Klinikal Moringa: Dalam bidang perubatan, Moringa telah dikenal berkesan untuk rawatan penyakit kulit, menurunkan tekanan darah, mengurangkan bengkak, menyembuh ulcer gastrik, menurunkan gula darah dan melegakan sistem saraf badan.

Rekod perubatan Ayurvede India mempunyai 300 penggunaan Moringa. Serbuk benih didapati mempunyai kesan pembersihan air berbanding dengan rawatan kimia dan dapat membuang 99% dari bakteria yang hadir.

Minyak yang diperah dari biji adalah bersifat stabil dan tidak berubah menjadi sengik, tidak berbau, membakar tanpa asap dan boleh diguna untuk masak, kosmetik, minyak wangi dan minyak pelincir. Perbandingan telah dibuat dengan jojobo (Simmondsia chinensis) oil dan boleh mengganti minyak ikan paus.

Kegunaan lain Moringa oleifera termasuk tumbuhan hiasan, pemakanan haiwan ternaikan, agen pembersih, pewarna, baja, pelakat, penjernih madu, pencegah penyakit tumbuhan, gentian pembuatan kertas, membuat tali.

Sila rujuk: http://www.livingdesert.org/plants/horseradish_tree.asp

Moringa : Agen Antobiotik Semulajadi  M..oleifera telah manakjubkan dunia perubatan kerana ia menghasilkan kompaun antibiotik yang dikenali sebagai glucosinolate 4 alpha-L-rhamnosyloxy benzyl isothiocyanate bertindak sebagai agen imun badan mansia.

Sila rujuk: http://www.mobot.org/gradstudents/olson/oleifera.html 

Moringa : Pokok Berbagai Fungsi: Keratan akar telah diguna oleh orang Eropah sebagai rempah, daun diguna sebagai sayur kari dan jeruk, buah mentah juga dikerat dan diguna sebagai sayur kali, direbus dan dimakan seperti kacang panjang.

Bunga dan kulit kayu diguna sebagai ubatan tradisional, benih menghasilkan minya yang bermutu tinggi dan diguna sebagai minyak lukisan (Oil painting), minyak salad dan sabun.

Balak Moringa sesuai sebagai gentian Cellophane dan Rayon.                

Kajian terkini menunjukkan benih dan buah Moringa mempunyai kandungan kompaun yang dapat menjernihkan air minuman.

Kompaun lain juga menunjukkan kesan antibiotik.(University Of Connecticut)

Sila rujuk: http://florawww.eeb.uconn.edu/acc_num/199700027.html

 

Bercakap secara Saintifik, Moringa adalah suatu keajabian Ia menguatkan tulang yang lemah, memperkayakan sel darah merah anemia dan membolehkan seorang ibu yang hidup kebuluran untuk membesarkan anak yang sedang kelaparan.

Bandingan gram dengan gram, Moringa mempunyai empat kali kalsium dalam susu, tujuh kali Vitamin C dalam Oren dan tiga kali potasium dalam pisang.

Sedikit serbuk Mornga boleh membuatkan air kotor sesuai untuk diminum.

Doktor menggunanya untuk mengubati diebetis di Afrika Barat dan tekanan darah tinggi di India.

Bukan sahaja ia menjadikan kulit licin dan sihat, tetapi juga menjadi baja dan bahan api untuk penduduk luar bandar.

Moringa juga mempunyai kandungan besi tiga kali dalam Bayam dan khasiat kesihatan yang lebih tinggi dari Minyak Olive.

Kedua-dua Moringa dan Lobak merah mempunyai kandungan serabut dan gentian yang sama tinggi, tetapi Moringa mempunyai empat kali khasiat Beta Caroten (Sumber asas Vitamin A yang tidak bersifat racun dan boleh disimpan dalam hati).Beta Carotene sangat sesuai untuk kesihatan mata dan diguna untuk mencegah kanser.

Sila rujuk: http://www.malunggay.com/therapeutics.htm

Moringa telah dikenali sejak zaman berabad sebagai sumber khasiat semulajadi yang dapat mencergaskan tenaga.Kaya dengan zat pemakanan asas, vitamin dan Asid Amino , ia melengkapkan keperluan badan anda dengan kesemua mikro-khasiat khasnya dalam menghadapi kesibukan hidup yang aktif.

Bila lilin semakin bertambah di atas kek harijadi, anda akan dapati badan anda semakin lembap dan tidak secergas usia lapan belas tahun dahulu. Moringa memberi anda tenaga yang telah lesap.

Yang menakjubkan, ia juga melegakan sistem saraf dan menenangkan fikiran dan emosi anda.

Ia menurunkan tekanan darah dan membolehkan anda tidur dengan lebih lena pada waktu malam.

Soalnya, bagaimana ia membekalkan sumebr tenaga untuk badan dan pada masa yang sama membolehkan anda berehat dengan baik waktu malam?

Jawapannya, Moringa telah didokumen sebagai agen penyahtoksik.

Universiti seluruh dunia telah membuat kajian terhadap Moringa kerana ia dapat menjernihkan air, menggumpalkan bahan racun dan bakteria dalam air dan ini membolehkan kotoran dibuang dari air dengan mudah

.Bukti yang sama juga berlaku dalam badan, ia menghasilkan tenaga yang berterusan tanpa kesan hiperaktif, ia membolehkan sistem saraf berehat dan mengelakkan tekanan darah yang tinggi, ia juga membolehkan kelenjar hormon berfungsi secara normal dan mencapai keseimbangan.

Kesan kesihatan yang telah dikenali oleh pengguna Moringa ialah : menguatkan sistem imun badan, mengembalikan kesihatan kulit, mengawal tekanan darah badan, menangani sakit kepada dan migran.

Mengurus paras gula dalan penyakit diebetis, mengurangkan kesakitan penyakit artritis dan inflamasi, merencatkan tumbesaran tumur dan menyembuhkan ulcer dan bisul.

Badan yang tidak dikecam penyakit atau kerosakan dalaman akan dapat mengguna khasiat Moringa dengan lebih sempurna untuk tujuan sel kulit badan yang sihat, tulang dan otot yang kuat dan pengawalan hormon badan untuk membolehkan badan anda dalam keseimbangan.

Moringa adalah satu-satunya tumbuhan yang mempunyai khasiat lengkap manusia. ia juga dipanggil Perfect Tree.

http://www.malunggay.com/description.htm

Moringa - Tumbuhan bebas racun dan toksik Suatu keistimewaan Moringa ialah sifat bebas toksik . Khasiatnya senang dihadam dan senang diserap oleh badan. Ia juga mempunyai berbagai kesan terhadap kesihatan secara amnya.

Kajian terkini tentang keselamatan mengguna Moringa telah dijalankan di Nogutchi Memorial Medical Research Centre in Ghana urusniaga untuk menentukan tahap elemen toksik dalam serbuk daun Moringa.

Dalam kajian ini, tikus dan arnab telah dibekalkan makanan daun Moringa pada tahap 15 kali lebih dari tahap keperluan harian seorang manusia. (i.e., sejajar dengan keperluan serbuk daun harian seorang budak yang berjumlah 375g). Jelasnya, tidak ada sebarang kesan sampingan biarpun konsentrasi Moringa yang tinggi telah dibekalkan dalam ujian tersebut.

http://www.unesco.org/most/bpik10-2.htm

Pokok Moringa telah dinobatkan pada tahn 2004, sebagai pokok pertama di dunia yang diberi Noberl Prize. Prof Wangari Maatai dari Afrika telah mengetuai Projek Rantai Hijau di Kongo dan menanam lebih dari 30 juta pokok Moringa Untuk menyelamatkan masalah kebuluran. Sumbangan ini telah menakjubkan seluruh dunia.

Berikutan itu, Persidangan Moringa Sedunia telah diadakan secara tahunan. Suatu persidangan antarabangsa telah dikendalikan untuk mengusulkan isu dan pembentangan Saintifik dunia pada 2 November 2001 bertempat di Dares Salaam, Tanzania. 

Persidangan ini telah mengumpulkan seramai 100 orang dari 27 buah negara, meliputi penyelidik, pekerja sosial, pekerja kesihatan dan wakil perindustrian dan NGO.] Persidangan ini telah ditaja oleh CWS, Pusat Teknikal Pertanian dan Koperasi Pertanian (Technical Centre for Agricultural and Rural Cooperation (CTA), dan diselia oleh Pusat pembangunan Perindustrian. Centre for Industrial Development (CID) 

Sila rujuk: http://www.unesco.org/most/bpik10-2.htm